waktu mustajab doa

assalamualaikum dan selamat sejahtera.bercakap mengenai doa,mesti semua tahu bahawa senjata utama umat islam ialah berdoa.tetapi ada yang allah mustajabkan dan ada yang allah x mustajabkan.ana akan tuliskan waktu doa dimustajabkan doa yang ana baca di dalam buku 101 doa para nabi&rasul dalam al-qur'an hasil karangan ustaz zahazan mohamed.waktu mustajab doa ialah seperti berikut:

1.berdoa sewaktu hujan turun:sabda nabi muhammadS.A.W."berdoalah sewaktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur,waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.

2.ketika hendak solat.

3.pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam:sabda nabi S.A.W."allah S.W.T. turun ke langit dunia apabila tinggal spertiga malam yang terakhir dan berkata:ada sesiapa yang memohon untuk kumakbulkan,ada sesiapa yang meminta kepadaku untuk kuberikan,ada sesiapa yang beristighfaruntuk ku ampunkan"?

4.waktu di antara azan dan iqamah:sabda nabi muhammad S.A.W."tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah".

5.ketika sujud dalam solat:sabda nabi muhammad S.A.W."sehampir-hampir hamba kepada tuhannya ialah ketika sujud.maka perbanyakkanlah berdoa".

6.selesai solat fardhu:ketia nabi ditanya tentang waktu doa yang dimustajabkan doa maka nabi bersabda"doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.

7.ketika puasa:sabda nabi S.A.W."tiga bentuk doa yang dimustajabkan allah,doa ibu bapa terhadap anak,doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.

8.malam lailatu qadr.

9.ketika khatam 30 juzuk al-qur'an.

10.sepanjang hari jumaat.

11.sepanjang perjalanan sewaktu musafir:sabda nabi S.A.W."tiga bentuk doa yang dimustajabkan allah,tidak syak padanya:doa orang yang teraniaya,doa orang musafir dan doa ibu bapa terhadap anak".

12.ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

13.ketika iman meningkat kerana mentaati allah.

14.waktu menerima ujian allah.

15.ketika tentera islam berhadapan dengan tentera musuh.

16.ketika ayam berkokok:sabda nabi muhammad S.A.W."apabila kamu mendengar ayam berkokok,maka mohonlah anugerahnya kerana ayam itu melihat malaikat.

itulah masa2 atau waktu2 yang dimustabkan doa oleh allah
jadi ana menyeru supaya mari sama2 berdoa di setiap waktu mustajab doa.insyaallah.assalamualaikum.