riba'

assalamualaikum dan selamat sejahtera.alhamdulillah pada kali ini ana ingin mengingatkan kepada kaum muslimin agar menghindari riba'.

rasulullah sangat melaknati orang yang memakan riba' sebagaimana hadits rasulullah:

Dari Jabir ra berkata, bahwa Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberikannya, penulisnya dan dua saksinya, dan beliau berkata, mereka semua adalah sama. (HR. Muslim)

dari hadits di atas sudah jelas bahawa orang yang memakan riba' sangat dilaknati rasulullah.hadits di atas menunjukkan bahawa 5 orang yang disebutkan di atas adalah sama dosanye.tidak kira si penghutang,ataupun si penghitung,ataupun si penulis ataupun si penyaksi.maka mari lah kita sama2 jauhi riba'.insyaallah.assalamualaikum.

waktu mustajab doa

assalamualaikum dan selamat sejahtera.bercakap mengenai doa,mesti semua tahu bahawa senjata utama umat islam ialah berdoa.tetapi ada yang allah mustajabkan dan ada yang allah x mustajabkan.ana akan tuliskan waktu doa dimustajabkan doa yang ana baca di dalam buku 101 doa para nabi&rasul dalam al-qur'an hasil karangan ustaz zahazan mohamed.waktu mustajab doa ialah seperti berikut:

1.berdoa sewaktu hujan turun:sabda nabi muhammadS.A.W."berdoalah sewaktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur,waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.

2.ketika hendak solat.

3.pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam:sabda nabi S.A.W."allah S.W.T. turun ke langit dunia apabila tinggal spertiga malam yang terakhir dan berkata:ada sesiapa yang memohon untuk kumakbulkan,ada sesiapa yang meminta kepadaku untuk kuberikan,ada sesiapa yang beristighfaruntuk ku ampunkan"?

4.waktu di antara azan dan iqamah:sabda nabi muhammad S.A.W."tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah".

5.ketika sujud dalam solat:sabda nabi muhammad S.A.W."sehampir-hampir hamba kepada tuhannya ialah ketika sujud.maka perbanyakkanlah berdoa".

6.selesai solat fardhu:ketia nabi ditanya tentang waktu doa yang dimustajabkan doa maka nabi bersabda"doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.

7.ketika puasa:sabda nabi S.A.W."tiga bentuk doa yang dimustajabkan allah,doa ibu bapa terhadap anak,doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.

8.malam lailatu qadr.

9.ketika khatam 30 juzuk al-qur'an.

10.sepanjang hari jumaat.

11.sepanjang perjalanan sewaktu musafir:sabda nabi S.A.W."tiga bentuk doa yang dimustajabkan allah,tidak syak padanya:doa orang yang teraniaya,doa orang musafir dan doa ibu bapa terhadap anak".

12.ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

13.ketika iman meningkat kerana mentaati allah.

14.waktu menerima ujian allah.

15.ketika tentera islam berhadapan dengan tentera musuh.

16.ketika ayam berkokok:sabda nabi muhammad S.A.W."apabila kamu mendengar ayam berkokok,maka mohonlah anugerahnya kerana ayam itu melihat malaikat.

itulah masa2 atau waktu2 yang dimustabkan doa oleh allah
jadi ana menyeru supaya mari sama2 berdoa di setiap waktu mustajab doa.insyaallah.assalamualaikum.

puasa wishal..

assalamualaikum dan selamat sejahtera.bersyukur kepada allah kerana dengan ni'matnya,ana masih bisa menaip hadits.

sepertimana yang antum nampak di atas iaitu puasa wishal.apa itu puasa wishal.di dalam eramuslim yang ana baca itu menyabutkan bahawa puasa wishal ialah puasa yang berterusan selama 31 hari.ini dilarang oleh nabi muhammad S.A.W. sebagaimana yang disebutkan di dalam hadits baginda yang bermaksud:

‘Janganlah kalian puasa wishal.’ Para sahabat bertanya, ‘Tetapi engkau berpuasa wishal, ya Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Kalian tidak sepertiku. Sesungguhnya Tuhanku memberiku makan dan minum saat aku tidur malam.’

jadi ana menyeru supaya janganlah berpuasa wishal kerana ia sangat dilarang oleh nabi muhammad.tetapi kita mestilah selalu mengerjakan puasa2 sunat dan antara puasa sunat yang paling bagus ialah puasa isnin&khamis.larangan nabi ke atas puasa wishal lebih di beri perhatian apabila pada tahun 1964 mencatatkan sejumlah penyakit kritis yang mana penyebab utamanye ialah puasa wishal.jadi mari kita sama2 renungkan hadits di atas meneruskan puasa sunat isnin&khamis.insyaallah.assalamualaikum.

hijrah

assalamualaikum dan selamat sejahtera.alhamdulillah ana masih bisa menaip blog yang dikhaskan untuk pembaca yang dirahmati allah S.W.T.

nabi penah bersabda yang bermaksud:
Hijrah yang hakiki sesungguhnya bermakna meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.

selalu nye kita mendengar mengenai hijrah nabi dari kota makkah ke kota madinah.kita juga mendengar orang islam di zaman nabi muhammad menyelamatkan iman dan islam dengan cara berhijrah dari kota makkah ke habsyah.tetapi sebenarnye hijrah bukan bermaksud berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.merujuk kepada hadits yang disebutkan di atas,ia menerang kan bahawa maksud sebenar hijrah ialah meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh allah dan rasulnye.ini bermakna maksud sebenar hijrah ialah daripada jahat kepada baik atau dari baik kepada yang lebih baik.moga2 sesiapa yang membaca text ini insaf dan terus berhijrah ke arah yang baik.insyaallah.assalamualaikum.

bisnisman

Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT akan memberikan rahmat kepada seseorang yang mempermudah ketika menjual, mempermudah ketika membeli dan mempermudah ketika menagih hutang.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.yang pertamanye,ana ingin mungucapkan rase syukur kepada allah S.W.T.selawat serta salam ke atas rasul junjungan besar nabi muhammad S.A.W.kepada sesiapa yang cita-cita mahu menjadi bisnesman macam ana boleh teruskan niat itu kerana ade satu manfaat yang disebutkan di dalam hadis di atas.maksud mempermudah di dalam hadis di atas ialah memudahkan urusan dengan orang yang berurusan dengan nya.contohnya sewaktu menagih hutang tidak memakan riba,atau membenarkannya untuk membayar mengikut apa yang dia mampu.maas salamah.

sabar

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

kini baru ku tahu betapa besarnye manfaat menjadi orang yang bersabar.segala urusannya adalah memberi kebaikan baginya.tetapi baru aku tahu betapa susahnya mahu menjadi orang yang bersabar.dikatakan di dalam hadis nabi di atas orang yang bersabar bermaksud orang apabila dia bahagia,dia bersyukur kepada allah.tetapi jika dia ditimpa musibah,dia menerimanya dengan hati yang terbuka kerana dia tahu allah mahu mengujinya dan ia adalah hal terbaik bagi dirinya.assalamualaikum.

dzikir

Rumah orang yang berdzikir kepada Allah adalah rumah manusia hidup, dan rumah orang yang tidak berdzikir adalah seperti rumah orang mati, atau kuburan.

inilah satu hadis nabi yang aku terbaca dan tertarik mengenainya.ini menceritakan betapa beruntungnya orang yang berdzikir.berdzikir bukanlah bermakna manyebut sesuatu perkataan seperti allahuakbar atau subhanallah,tetapi ia bermakna mengingati allah tidak kira dalam hati sahaja atau melakukan apa2 yang boleh mengingatkan kita kepada allah.jadi mungkin hadis ini dapat membuatkan kita lebih bersemangat untuk melakukan perkara yang baik.insyaallah.assalamualaikum.

tujuan..

alhamdulillah kupanjangkan syukur ke atas allah kerana dengan nikmatnye aku masih boleh berdiri,bernafas,bertemu dengan manusia dan lain2.selawat serta salam ku ucapkan ke rasul junjungan besar nabi muhammad S.A.W.ku panjatkan syukur juga kerana sehingga kini aku masih mendapat 2 ni'mat terbesar iaitu iman dan juga islam.alhamdulillah.

tujuanku membuat blog ini bukanlah untuk dijadikan diari ayau ape pun,just nak letak sedikit nasihat agar dapat membaiki diri sendiri juga orang lain.selain itu,aku juga ingin menceritakan sedikit cerita yang ku bace dari eramuslim.insyaallah.

aku berharap agar apa yang sedang kulakukan ini memberi manfaat kepada diriku dan orang lain.assalamualaikum.